Sejarah Sekolah


LATAR BELAKANG SEKOLAH



Sepertimana kata-kata ulama' tersohor yang bekas penasihat Sultan Kelantan Tok Kenali, "sekironyor ingin maju...teber huter wat skoloh".  Tempias kata-kata itu seakan terasa saban tahun tentang betapa pentingnya pendidikan.  Maka, atas kesedaran rakyat dan keprihatinan pemimpin-pemimpin tempatan tentang betapa pentingnya pendidikan agama khususnya di daerah Setiu, maka tertubuhlah sebuah sekolah yang asalnya diberi nama SEKOLAH MENENGAH AGAMA KAMPUNG BULUH pada Januari 1983.  Ianya mula beroperasi di sebuah dewan yang uzur yang disekat-sekat untuk dijadikan beberapa kelas.  Jumlah pelajar pada masa itu ialah sekitar 109 orang.  Tuan Haji Abdullah bin Ibrahim merupakan pengetua pertama bersama empat orang guru yang iaitu Ustazah Maznah Ismail, Cikgu Awang Mohd Ali dan Cikgu Pauzi Mustaffa.  Empat buah rumah disediakan bagi kemudahan tempat tinggal pelajar iaitu masing-masing dua untuk lelaki dan dua untuk perempuan.  Pada tahun 1984, sebuah bangunan mula dibina di tapak yang baru dan siap digunakan pada 3 Januari 1989.  Perpindahan tapak dan pembinaan bangunan baru sekaligus menukar nama Sekolah Menengah Agama Kambung Buluh kepada Sekolah Menengah Agama Setiu.  Ustaz Yusof mengambil alih tugas pengetua dari Tuan Haji Abdullah bin Ibrahim setelah beliau tamat tempoh perkhidmatannya.  Kini Sekolah Menengah Agama Setiu yang mempunyai bilangan pelajar seramai 608 orang berada di bawah pengawasan KPM & MAIDAM setelah MOU ditandatangani pada tahun 2006.


No comments:

Post a Comment